Wednesday 11 January 2012

Salam Ukhwah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t yang apabila menurunkan sesuatu penyakit pasti menurunkan ubat dan penawarnya juga. Selawat dan salam dipanjatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal amat menjaga dan menitikberatkan soal kesihatan.

Blog ini merupakan perkongsian mengenai kebaikan yag tersirat di dalam setiap sunnah Rasulullah s.a.w yang sepatutnya umat Baginda amalkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita, umat Baginda Rasulullah s.a.w yang mencintai Baginda. InsyaAllah.

Di ruangan ini juga, kami menyediakan produk-produk sunnah. Dari segi pemakanan iaitu makanan berkhasiat, makanan sunnah seperti madu, habbatusauda dan sebagainya serta dari segi pemakaian seperti wangian kasturi. InsyaAllah, ianya memberi manfaat bersama. Semoga setiap perbuatan, pemakanan dan pemakaian kita menunjukkan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah s.a.w. 

Semoga Allah merahmati Baginda Rasulullah s.a.w, keluarga Baginda dan para sahabat Baginda. 

Barangsiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku dizaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran 100 syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku di syurga”

No comments:

Post a Comment